Want your own Fotopage?

|
|
alfred's FotoPage
By: alfred jon
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
|
|
| Sunday, 13-Mar-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
maruah
|
|
Anda tanya Doktor Jawab: Maruah terjejas jika lakukan hubungan seks sebelum kahwin
Bersama Dr Fauziah Mohd Hassan
SOALAN:
SAYA menjalani kehidupan remaja yang sangat berwarna-warni. Malah satu ketika saya pernah melakukan hubungan kelamin dengan teman lelaki kerana pengaruh dan dorongan nafsu. Ia kesilapan yang sangat besar dan saya menyesalinya hingga kini apa lagi dara yang menjadi mahkota gadis sudah pecah.
Doktor, dari segi perubatan bolehkah dara dipulihkan melalui pembedahan? Benarkah dakwaan sesetengah pengamal perubatan tradisional yang mendakwa boleh memulihkan dara?
ROSLIN NOOR,
melalui e-mel
JAWAPAN:
SEMEMANGNYA bagi setiap Muslim yang telah melakukan dosa, sebaiknya dia bertaubat dengan taubat nasuha. Didoakan semoga anda diampuni Allah setelah bertaubat dengan menyesali perbuatan dosa itu dan bertekad tidak mengulanginya.
Perlu diingatkan bahawa Islam memandang berat masalah perzinaan dan telahpun menganjurkan langkah-langkah pencegahan untuk menghalangnya. Langkah-langkah pencegahan ini dianggap oleh sesetengah orang sebagai kolot, antisosial dan berbagai-bagai label lagi.
Sebaliknya, apabila masyarakat Muslim khususnya dan masyarakat manusia amnya mengabaikan langkah-langkah itu, maka hingga itulah berlakunya permasalahan sosial, masalah kesihatan fizikal dan rohani (jiwa) akibat berleluasanya perzinaan seperti masalah jangkitan AIDS, gonorrhoea dan sifilis.
Adakalanya kita mendengar bahawa wanita atau remaja perempuan diminta mengadakan hubungan seks oleh teman lelaki atau tunangnya sebagai tanda kasih. Terdapat sebahagian wanita dan remaja perempuan memenuhi godaan itu semata-mata untuk membuktikan kasihnya.
Sepatutnya wanita dan remaja perempuan perlu menegur kelakuan sebegitu kerana lelaki yang tidak menghormati maruah dan kesucian teman wanita atau tunangnya adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab dan tidak sepatutnya dipercayai. Mereka mungkin telah meminta yang sedemikian daripada wanita lain juga. Seseorang lelaki yang benar sayang dan kasih akan teman wanita atau tunangnya akan menghormatinya dan menjaga maruah serta kesuciannya supaya tidak tercabar atau tergoda oleh dia sendiri ataupun orang lain.
Kesucian ini hanya akan dirasainya setelah menjalani upacara pernikahan yang sah. Oleh itu, saya mengesyorkan kepada wanita supaya berhati-hati terhadap siapa yang dipilihnya untuk menjadi teman lelaki atau suami.
Pergaulan bebas, tidak menjaga adab-adab pergaulan antara lelaki dan perempuan, pakaian yang menjolok mata sememangnya merangsang kepada terjadi perkara yang terlanjur seperti perzinaan. Marilah kita renungi kata-kata daripada Hadith Rasulullah (saw):
“Jangan sekali-kali seorang laki-laki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal baginya, kerana orang yang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada mahramnya.” – Hadith daripada Ahmad. Syaitan itu memang berperanan seperti yang telah dinyatakan dalam surah Al Araf ayat 16-17 yang bermaksud:
Iblis menjawab: “Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).’
Firman Allah swt dalam Surah An Nuur ayat 3 yang bermaksud: “Laki-laki zina tidak patut kahwin kecuali dengan perempuan zina atau musyrik dan perempuan zina tidak patut dikahwini kecuali oleh laki-laki zina atau musyrik, sedang perbuatan berkenaan haram bagi orang-orang mukmin.”
Berbalik kepada persoalan dara (hymen) yang telah terkoyak atau tercedera, bukan keadaan fisikal hymen itu yang penting kerana keadaan fizikal hymen boleh terjejas oleh sebab-sebab lain yang tidak langsung ada kaitan dengan kesucian dan maruah. Hymen ini boleh tercedera atau terluka apabila seseorang perempuan terjatuh mengangkang (astride) seperti semasa menaiki basikal, menunggang kuda, memakai tampon ataupun apabila pemeriksaan di bahagian faraj atau serviks perlu dilakukan. Kecederaan pada hymen dalam keadaan sebegini tidak menjejaskan langsung maruah dan kesucian wanita itu. Oleh itu, masyarakat tidak sepatutnya memandang serong kepada wanita sebegini. Keadaan ini perlu ditegaskan kerana masyarakat masih lagi menyamakan kesucian seseorang wanita dengan keadaan fizikal hymennya. Ramai ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan dan wanita yang masih belum bernikah, tidak membenarkan pemeriksaan dilakukan jika ianya akan menjejaskan hymen itu, walhal pemeriksaan berkenaan adalah penting untuk mengenal pasti penyakit. Sebagai contoh, pemeriksaan di bahagian kemaluan diperlukan jika seorang kanak-kanak perempuan tiba-tiba berdarah di bahagian kemaluannya. Sudah tentu pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengenal pasti punca pendarahan itu.
Oleh itu juga jika pada malam pertamanya, seseorang wanita yang suci maruahnya tidak menunjukkan berdarah kerana tercedera pada hymennya seperti lazimnya berlaku, si suami tidak boleh terus menuduh isterinya tidak suci sebelum dikahwininya. Sebaliknya, jika seseorang wanita telahpun mengadakan hubungan seks sebelum bernikah, maka memanglah maruah dan kesuciannya telah terjejas walaupun keadaan fizikal hymennya tidak tercedera ketika perbuatan itu. Keadaan ini boleh berlaku kerana ada sesetengah hymen yang agak kenyal (elastic), tidak mudah terkoyak ataupun kecederaan berlaku tetapi pada tempat yang tidak mempunyai saluran darah. Maruah juga telah terjejas jika telah berlaku hubungan intim antara lelaki dan wanita walaupun tidak berlaku hubungan seks sepenuhnya.
Masyarakat tidak perlu memberi penekanan yang banyak tentang rupa fizikal hymen tetapi penekanan perlu diberikan terhadap kesucian maruah seseorang wanita itu. Oleh itu, penekanan patut diberikan supaya semua jejaka dan dara memberi perhatian yang penuh terhadap penjagaan maruah dan kesuciannya tanpa dinodai sebelum perkahwinan yang sah dilakukan. Hymen yang tidak tercedera tidak semestinya menunjukkan seseorang wanita itu suci maruahnya dan sebaliknya tidak semestinya seseorang wanita yang telah tercedera hymennya itu telah tergoda maruah dan kesuciannya.
Memanglah terdapat pembedahan yang boleh dilakukan untuk membetulkan hymen yang telah tercedera. Walaupun begitu, pembedahan ini tidak mempunyai apa-apa manfaat dari aspek fizikalnya. Pembedahan ini juga tidak dapat menyelesaikan masalah kehidupan seseorang. Yang penting bagi anda ialah bertaubat dan menyesali perbuatan seperti yang telah anda lakukan, mengharapkan keampunan Allah dan diberi jodoh suami daripada golongan orang yang beriman. Marilah kita mengambil I’tibar daripada kisah ini:
Ibnu Jabir meriwayatkan bahawa seorang laki-laki penduduk Yaman terkena musibah kerana saudara perempuannya berzina, lalu perempuan tadi cuba membunuh diri tetapi dapat diselamatkan hingga sembuh. Kemudian bapa saudaranya dengan seluruh keluarga berpindah ke Madinah, lalu dia (wanita) baca al-Quran dan beribadah dengan tekun, sehingga jadilah dia salah seorang perempuan yang baik ibadahnya. Lalu datanglah seorang laki-laki meminang kepada bapa saudaranya. Lalu bapa saudaranya berjumpa Umar r.a. menceritakan keadaannya. Maka jawab Umar r.a. “Kalau kamu sebarkan keadaan dirinya (walhal Allah telah menutupinya, mengapa kamu hendak membukanya?) maka kamulah nanti yang terkena akibatnya, kerana itu kalau ada laki-laki yang baik kamu redai datang meminang kepadamu, maka kahwinkanlah dia dengannya.”
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Jan-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Zam- zam
|
|
Tetamu Allah: Zamzam mujarab ikut niat peminum
AIR zamzam dianggap air yang suci dan berkat. Penduduk di Makkah sentiasa berbuka puasa dengan air zamzam atau dengan buah kurma sebagai mengikut sunnah Nabi Muhammad saw.
Fuqaha bersepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Hal ini kerana Nabi Muhammad saw minum air zamzam.
Berdasarkan nas asy-Syafi‘eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.
Disebutkan dalam hadis, Jabir bin ‘Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.
Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."
Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji.
Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah.
Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam.
Sejarawan sepakat menyatakan bahawa air zamzam adalah minuman Nabi Ismail dan ibunya, Siti Hajar.
Sememangnya cerita mengenai air zamzam tidak dapat dipisahkan dengan kisah yang dialami oleh dua beranak itu.
Rasulullah pernah bersabda : “Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)
Ahli ilmu meluaskan huraian mereka terhadap hadis di atas. Al-Munawa berkata: "Air zamzam adalah penghulu segala air, paling mulia, berharga dan disukai.
“Allah memberi minum dan menolong putera kekasihnya, Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim dengan air zamzam. Maka pertolongan seperti itu juga boleh diperoleh oleh orang selepas baginda iaitu bagi sesiapa saja yang meminumnya dengan niat ikhlas, termasuk kita.
“Ramai ulama meminumnya kerana sesuatu hajat dan mereka berhasil memperolehnya."
Disebut oleh pengarang kitab 'al-'Aqdus Sameen bahawa Ahmad bin Abdillah Asy-Syarifee, seorang khadam di Tanah Haram Makkah meminum air zamzam dengan niat dan tujuan untuk berubat daripada buta.
Lalu dengan izin Allah, beliau sembuh. Menurut pengarang kitab ini lagi, bahawa kejadian itu dikhabarkan sendiri oleh gurunya, al-Fufti Abdul Rahman bin Abil Khair alFasi.
Al-lmam an-Nawawi sebagai mengulas hadis di atas berkata: "Maknanya, barang siapa yang minum kerana sesuatu hajat, nescaya memperoleh hajatnya itu.
“Hal ini dicuba oleh ulama dan orang soleh bagi segala hajat mereka, sama ada hajat akhirat mahupun dunia. Alhamdulillah, semuanya memperolehnya." (Lihat Tahzibul Asma Wal-Lughat 3/139).
Al-'Allamah lbnul Qayyim al-Jauziah pula berkata: "Saya dan juga orang lain mencuba berubat dengan air zamzam.
“Saya berubat dengannya dalam banyak penyakit dan sembuh dengan izin Allah. Demikian juga saya menyaksikan orang yang menggantikan makanan biasa dengan air zamzam hampir setengah bulan atau lebih, tetapi tidak lapar. Bahkan dia juga tawaf bersama orang ramai, mampu menggauli isterinya dan berpuasa."
Al-'Allamah seterusnya berkata: "Telah berlaku kepada diri saya sewaktu di Makkah, saya sakit. Pada masa itu, saya benar-benar ketiadaan ubat dan doktor.
“Maka, saya pun berubat sendiri dengan al-Fatihah. Saya ambil air zamzam dan bacakan di atasnya berulang kali. Kemudian saya minum, lalu mendapati kesembuhan yang sempurna.
“Sejak itu saya melakukannya atas banyak penyakit dan semuanya memberi sebesar-besar manfaat." (Lihat Zadul Ma'ad 4/718)
Berkata pula Al-Hakim: "Bahawa Abu Bakar Muhammad bin Jaafar bercerita mengenai Ibnu Khuzaimah (Ibnu Khuzaimah ialah seorang ilmuwan besar), katanya: "Saya mendengar orang bertanya kepada lbnu Khuzaimah: "Dari manakah tuan memperoleh ilmu?" Jawab lbnu Khuzaimah: "(Bukankah) Rasulullah pernah bersabda: "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan?" (Lihat Sairul A'Iam an-Nubala 14/370).
AI-Jalal as-Suyuti juga menceritakan mengenai dirinya, katanya: "Dengan memuji Allah, saya sudah musafir ke negeri Syam, Hijaz, Yaman, India dan Maghribi.
“Apabila saya menunaikan haji, saya minum air zamzam bagi beberapa perkara yang berikut, antaranya: Agar saya mahir dalam ilmu fiqah hingga mencapai martabat Asy-Syeikh Sirajuddin al-Bulqini.
“Dalam ilmu hadis hingga saya mencapai martabat al-Hafiz lbnu Hajar.
Ada pun semua ini saya sebutkan demi mengingati nikmat Allah ke atas diri saya, bukannya untuk bermegah-megah.
“Hal ini kerana apalah yang ada untuk dimegahkan di dunia ini, sedangkan saat kembali semakin dekat dan uban pun mulai subur." (Lihat Husnul Muhadharah 1/215 dan 2/296).
Jika diperhatikan dengan sehalus-halusnya keterangan di atas, maka nyata, yang amat mustahak itu adalah niat dan keimanan yang seikhlas-ikhlasnya untuk mengiringi perbuatan minum itu.
Ada beberapa adab atau peraturan minum air zamzam itu, antaranya:- Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah, katanya: “Seorang lelaki telah datang menemui Ibnu Abbas. Lalu bertanya Ibnu Abbas: "Tuan datang dari mana?"
Lelaki itu menjawab: "Saya baru lepas minum air zamzam."
Tanya Ibnu Abbas lagi: "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"
Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas: "Bagaimanakah caranya wahai lbnu Abbas?"
Ibnu Abbas menjelaskan: "Apabila minum air zamzam hendaklah menghadap kiblat, sebutkan nama Allah (baca Bismillah) dan bernafas di luar bijana, kemudian baru teguk lagi dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah (baca Alhamdulillah). Sesungguhnya Rasulullah ada bersabda: "Perbezaan antara kita dan orang ramai (kaum munafik) adalah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam.” (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).
Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa Ibnu Abbas apabila minum air zamzam berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepada-Mu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).
Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air zamzam berkata:
"Berkata seorang ulama, sesiapa yang hendak meminum air zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabi-Mu, bahawa Baginda bersabda: Maka Ya Allah, aku meminum air zamzam ini untuk...(sebutkan apa yang dikehendaki). Selepas itu diminum seteguk, kemudian bernafas di luar bijana itu. Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya baca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.”
petikan... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Agama/20050104182054/Article/
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Dec-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
drag...
|
|
Pengalaman...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 29-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
imej
|
|
Ufuk Minda: Interaksi masyarakat mampu tangani kecelaruan remajaOleh Prof Dr Sidek Baba
ISU identiti sering dihubungkan dengan persoalan imej. Imej remaja tidak saja dihubungkan dengan peri lakunya, malah dihubungkan dengan idealisme, aliran kegiatan dan dikaitkan dengan potensi hari depan.
Lebih jauh daripada itu identiti remaja berkait rapat dengan jenis kepemimpinan dan kepengikutan yang bakal mewarisi kepemimpinan dan kepengikutan negara. Ia sama ada remaja adalah pendukung idealisme bina negara atau menjadi beban yang berpanjangan kepada masyarakat.
Ada petanda yang merisaukan banyak pihak mengenai identiti remaja kini.
Remaja pada masa lalu menghubungkan diri dengan isu perjuangan ke arah membangunkan negara. Imej remaja sejak 30 tahun lalu cenderung kepada mengukuhkan imej keagamaan sebagai landasan membangunkan sistem dan masyarakat.
Akibat kemajuan yang dicapai dan cabaran globalisasi menghimpit, kecenderungan sebahagian remaja banyak terjebak dalam zon selesa yang mengheret mereka ke arah kerosakan diri. Mereka turut terjebak dengan kemelut sosial yang merimaskan dan terpaut dengan pemikiran hedonistik mengasyikkan dan alpa kepada tanggungjawab bina ilmu dan bina negara.
Statistik di kalangan remaja yang terjebak dengan ketagihan rokok, dadah, arak, zina dan jenayah amat membimbangkan. Jumlah yang menjadi mangsa kepada gejala Aids/HIV juga menakutkan.
Apakah imej yang sedang melanda remaja kini disebabkan ketidakmampuan kita mengurus kemajuan dan pembangunan hingga remaja menjadi mangsanya? Adakah ia akibat kealpaan kita terhadap peranan mendidik, memberikan idea pendorong betapa pentingnya imej diri, bangsa, umat dan negara diterjemahkan secara bijaksana dan strategik kepada mereka?
Kecelaruan sering dikaitkan dengan keadaan yang hilang pedoman. Ia juga dikaitkan isu hala tuju perjuangan yang kehilangan visi dan misi. Kecelaruan juga sering difahamkan terhadap perbuatan dan amalan yang tidak selari dengan norma positif dalam kehidupan.
Lebih pedih lagi kecelaruan dikaitkan dengan remaja yang sudah hilang pertimbangan diri iaitu membina idola yang bukan fitrah sifatnya. Ia juga dikaitkan dengan remaja yang mengagumi proses pembaratan secara melulu dan hilang pertimbangan kenegaraan hingga menyebabkan imej dirinya tidak lagi dapat diharapkan sebagai penyumbang berkesan terhadap pembangunan tamadun bangsa.
Remaja yang terjebak dengan kecelaruan itu bakal menjadi beban kepada masyarakat dan negara.
Amat tidak adil jika anggapan dibuat bahawa semua remaja terjebak dengan masalah kecelaruan ini. Tetapi, petanda yang ada di sekeliling kita memadai untuk membina rasa bimbang dan resah. Asas kebimbangan dan keresahan ini dibina atas:-
Gelagat remaja yang amat terpengaruh dengan proses pembaratan yang sedang berjalan.
Proses pembaratan yang mencorakkan gaya hidup dan pemikiran baru menjadikan mereka tercabut daripada akar jati diri dan kabur hala tuju hidup, menjadikan imej mereka semakin suram dan kehilangan arah.
Kehidupan beragama sedang menjadi pertikaian antara halal haram, pelanggaran salah benar dan makruf mungkar.
Memburu makna maju dan moden tidak dalam acuan nilai yang baik, sebaliknya memajukan gaya hidup dengan pemikiran kebendaan dan semangat berfoya-foya (hedonistik).
Hilangnya rasa hormat dan adab terhadap tradisi, hilang malu terhadap orang tua, ibu bapa, guru malah masyarakat.
Tiadanya cita-cita besar untuk bina bangsa, bina umat dan bina tamadun hingga menyebabkannya pudar.
Banyak sebab yang boleh diberikan mengapa kecelaruan berlaku di kalangan remaja. Zaman remaja adalah masa amat kritikal dalam hidup seseorang manusia.
Remaja mempunyai potensi tinggi yang boleh diarahkan kepada kebaikan malah boleh juga terjebak ke arah keburukan. Ia bergantung kepada corak pendidikan yang diterima dan suasana persekitaran yang membentuk.
Membentuk imej, watak dan tingkah laku remaja banyak bersandarkan kepada orientasi didikan yang diterima di rumah, sekolah, masyarakat dan juga sistem. Banyak faktor yang dapat dikesan menyebabkan wujudnya kecelaruan ini. Ia termasuk :-
Kecelaruan bermula apabila rumah tangga dan keluarga tidak memainkan peranan sewajarnya dalam pembentukan watak anak.
Masa berkualiti banyak dihabiskan di luar rumah. Anak yang menuntut pengisian, belaian, kasih sayang, perhatian dan bimbingan tidak merasakan limpahan rasa keibuan dan kebapaan.
Media elektronik banyak berperanan mengambil tugas mendidik anak. Ramai anak yang mengalami 'keciciran' sejak awal umur lagi.
Ibu bapa tidak mempunyai ilmu dan keterampilan keibubapaan berkesan dalam mendidik anak-anak. Tidak ramai ibu bapa yang faham proses pertumbuhan minda anak-anak, perkembangan psikik dan emosi mereka serta hubung kaitnya dengan tingkah laku yang diamalkan.
Akibatnya wujud kelompangan dalam hati dan minda anak. Akhirnya anak membentuk minda, hati dan tingkah laku berasaskan pendedahan yang ada dan pengaruh sekitarnya.
Sekolah banyak berperanan menyediakan anak untuk tujuan peperiksaan. Membangunkan jiwa dan hati tidak diberikan fokus dan keutamaan. Akhirnya pembentukan watak yang holistik tidak berlaku.
Berlakulah 'keciciran' kedua di kalangan anak. Umur yang amat kritikal bagi seseorang manusia dari sudut Islam adalah dari kelahiran hari pertama hingga ke tahap akil baligh.
Sekiranya seseorang manusia terlepas daripada proses didik pada tahap ini, kebimbangan tetap ada bahawa seseorang anak sudah diibaratkan seperti rebung yang sukar dilentur semula.
Masyarakat tidak menyediakan suasana yang kondusif supaya remaja dapat membentuk diri dan peribadinya ke arah peka masyarakat dan keadaan sekeliling secara positif.
Sebahagian remaja terbabit dengan kerenah rakan sebaya yang menampilkan kegiatan negatif dan akhirnya terjebak dengan amalan merokok, ketagih dadah dan pergaulan lepas bebas.
Sistem kenegaraan sendiri tidak mengambil pendekatan sepadu dalam proses pembangunan remaja.
Orientasi dalam keluarga dan sekolah sedikit sebanyak menekankan pentingnya adab dan akhlak dalam pembinaan diri remaja. Tetapi, media cetak dan elektronik tidak dikawal programnya hingga menyebabkan percanggahan ketara apa yang dididik di sekolah dan rumah dengan apa yang dipaparkan media.
Akhirnya wujud konflik di kalangan remaja dan keadaan seperti ini melahirkan kecelaruan.
Keadaan di atas diburukkan dengan isu keagamaan yang dipertikaikan secara terbuka tanpa pendekatan mendidik dan ilmiah sehingga menyebabkan sumber rujukan remaja bercelaru.
Ada isu yang bercorak keagamaan boleh dibahaskan secara terbuka dan ada yang perlu dibincangkan di kalangan yang mempunyai keahlian.
Bayangkan isu agama, imej ula-ma dan persepsi mengenai Islam menjadi polemik tidak sihat. Keadaan ini boleh mempengaruhi remaja yang sedang mencari identiti diri dan sumber pengetahuan yang boleh dijadikan sandaran pembentukan pemikiran dan keyakinan dirinya.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 25-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Chimeras
|
|
Saintis buat makhluk campuran haiwan, manusia
WASHINGTON: Beberapa kumpulan saintis Amerika Syarikat kini terbabit menghasilkan spesies unik binatang dengan sebahagian badannya menggunakan organ manusia atas nama penyelidikan, tetapi mencetuskan debat berhubung kewajaran perbuatan itu.
Akhbar Washington Post melaporkan, usaha itu membuahkan hasil dengan kelahiran anak babi di Minnesota yang mempunyai darah manusia manakala di Nevada, bebiri yang memiliki hati dan jantung manusia.
Di California, anak tikus baru dilahirkan dengan sel otak manusia di dalam tengkorak kepala binatang kecil itu.
Ahli biologi menggelar spesies unik ini chimeras sempena nama makhluk mitos Yunani yang mempunyai kepala singa, badan kambing dan ekor ular.
Penyelidikan itu menggunakan sel tunjang manusia yang dimasukkan ke dalam janin hidup binatang.
‘Chimeras’ dikatakan memberi peluang kepada saintis untuk menyaksikan interaksi antara sel dan organ manusia di luar makmal yang terasing, sebaliknya hidup dalam badan bernyawa.
Mereka mendakwa ada di antara projek itu sudah menampakkan rahsia biologi manusia yang terkunci rapi selama ini selain menghasilkan hala tuju bidang rawatan perubatan terbaru.
Akademi Sains Kebangsaan Amerika yang turut menasihati kerajaan negara itu, mengkaji isu berkenaan dan dijangka mengemukakan syor mengenainya menjelang Februari depan.
‘Chimera’ yang merujuk gabungan dua atau lebih ramai individu dalam satu badan bagaimanapun bukanlah sesuatu yang tidak semula jadi.
Kebanyakan pasangan kembar misalnya, membawa sekurang-kurangnya beberapa sel daripada pasangan mereka yang berkongsi rahim ibu yang sama.
Malah, kebanyakan ibu membawa beberapa sel milik anak dilahirkannya.
Sejak bertahun lamanya, saintis memasukkan gen manusia ke dalam bakteria dan binatang ternakan yang menghasilkan kejuruteraan genetik seperti penghasilan protein manusia seperti insulin yang digunakan dalam rawatan perubatan.
“Hakikatnya, Chimeras bukanlah sesuatu yang aneh atau asing seperti disangkakan,� kata Henry Greely, profesor undang-undang Universiti Stanford yang mengkaji cadangan pembentukan chimeras menggabungkan tikus dan manusia di institusi berkenaan.
Namun, usaha itu menjadi isu sensitif apabila ia membabitkan usaha menumbuhkan keseluruhan organ manusia dalam badan binatang apalagi menyaksikan penggunaan sel otak, pembinaan blok organ yang digunakan bagi pembentukan manusia itu sendiri.
Antara penyelidikan yang giat dijalankan ketika ini termasuk usaha Jeffrey Platt di Klinik Mayo, Minnesota yang menghasilkan babi dengan memasukkan sel tunjang pembentukan darah manusia ke dalam janin babi.
Ini menghasilkan babi yang memiliki kedua-dua darah binatang itu dan manusia dalam saluran darahnya.
Dalam penyelidikan lain di Universiti Nevada di Reno, saintis memasukkan sel tunjang manusia ke dalam janin bebiri yang menghasilkan spesies kambing yang 80 peratus hatinya adalah hati manusia. – Agensi
Dipetik dari... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Dunia/20041125065640/Article/
Ermmm... biaser semua tu... chimeras... orang klon orang... biaser... ader duit sumer boleh jadi...
hehehe
Saper nak baby clon boleh hantar permintaan melalui komen fotopages ini... bayaran rm20 ribu jer... murah beb!
hehehe
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 24-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
faisal tehrani
|
|
Saya baca lagi sekali laman web ini http://nizamzakaria.diaryland.com/030612_92.html dan saya termenung sekejap...
jom baca...
Saudara Faisal Tehrani tatkala sedang duduk dengan sebuah buku di hadapan Istana Budaya
Saya rasa saya mula mendengar nama Faisal Tehrani pada tahun 2001 apabila saya mula menulis. Saya telah diperkenalkan kepada cerpen-cerpen beliau oleh seorang pembaca saya. Saya dapati apa yang ditulis oleh Faisal agak menarik dan saya yakin bahawa pemuda yang seusia dengan saya ini berbakat besar.
Ada banyak faktor yang menyebabkan orang mengenali kita dan menyedari bahawa apa yang kita tulis itu releven dan patut dibaca. Ada kalanya, terdapat juga karya yang tidak dibaca tetapi personaliti penulis itu sendiri yang menyebabkan dirinya terkenal. Bagi Faisal, saya rasa beliau ada kedua-duanya sekali. Acapkali tulisannya dianggap bermutu dan acapkali juga apabila menulis, (terutamanya apabila beliau menjadi penulis tamu/pengkritik teater untuk Kakiseni.com) beliau akan mengundang kontroversi. Tulisannya lantang, dan sebenarnya inilah yang saya suka, tulisan-tulisan lantang yang berani. Kerana pada hemat saya, penulis perlu berani mengeluarkan pendapatnya.
Baru-baru ini saya telah menulis e-mail kepada Faisal untuk mendapatkannya menjawab beberapa soalan wawancara saya untuk laman ini. Saya rasa agak beruntung kerana beliau telah mengambil masanya yang terluang untuk menjawab soalan-soalan yang telah saya tujukan kepadanya, kerana saya tahu beliau sibuk.
Berikut adalah soalan-soalan yang telah saya kemukakan kepadanya serta jawapan-jawapan yang telah saya terima darinya:
NZ: Sebelum kita mulakan wawancara ini, boleh saudara ceritakan secara penjang lebar tentang latar belakang saudara serta latarbelakang pendidikan saudara?
Faisal: Terima kasih kerana sudi mewawancara saya. Panjang lebar? Mungkin yang perlu-perlu sudah memadai. Nama sebenar saya Mohd Faizal Musa tetapi saya dikenali dengan nama Faisal Tehrani. Saya dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Melaka. Saya bersekolah di Kolej Islam Kelang sebelum menuntut di Fakulti Syariah Universiti Malaya dengan pengkhususan Siasah. Saya memiliki sarjana kesusasteraan dari USM dan sedang menyambung pengajian lagi.
NZ: Boleh saudara ceritakan dari mana datangnya nama pena Faisal Tehrani.
NZ: Saya memiliki beberapa nama pena, sampai sekarang pun begitu. Faisal Tehrani salah satu darinya. Saya pernah guna nama Pasdararan e Islam, Tun Mamat dan macam-macam lagi. Mula-mula saya guna nama sebenar saya tetapi editor tidak ambil perhatian langsung kemudian saya terilham entah bagaimana menggunakan nama ini. Mungkin sebab masa belajar peringkat ijazah dahulu banyak membaca kitab dengan nama seperti Imam Bukhari, Syeikh Daud Fatani, nama-nama itu disandarkan pada tempat. Rezeki saya Alhamdulillah menjadi dengan menggunakan nama tersebut. Mungkin editor rasa saya orang Parsi maka karya saya tiba-tiba juga disiarkan hahaha. Malah ada editor bila saya akhirnya berkenalan dengan beliau mengeluarkan kata-kata 'Oh awak Faisal Tehrani, ingatkan orang tua.'
NZ: Boleh saudara senaraikan 3 buku yang paling saudara hormati.
Faisal: Tiga, sedikit sangat! Banyak buku yang saya hormati. Sebagai orang Islam saya paling hormati al-Quran, jika ia dapat dikatakan sebuah buku. Buku lain banyak. Tak terhitung. Tetapi antara buku yang mula-mula saya kagumi ialah Maalim Fi Thariq karya Sayyid Qutb yang dijadikan bacaan wajib di Kolej Islam Kelang. Sampai sekarang pelajar-pelajar KIK mesti membaca buku ini kerana ia digunakan dalam kuliah maghrib dan usrah.
NZ: Senaraikan pula 3 buah filem yang paling banyak mempengaruhi cara saudara bercerita.
Tak pasti pula. Saya suka cara Zhang Yi Mou menampilkan watak-wataknya dan cara bercerita Pedro Almadovar yang kompleks dan simple sekaligus.
NZ: Siapakah penulis-penulis yang saudara hormati dan mengapa?
Faisal: Saya kira yang dimaksudkan ialah penulis fiksyen? Saya meminati karya-karya Jose Saramago dari Portugal, Ismail Kadare dari Albania dan Mo Yan dari China. Di peringkat tempatan saya masih mengkagumi karya-karya A.Samad Said dan Shahnon Ahmad.
Saya juga suka dan senang dengan butir pemikiran Hassan Hanafi.
NZ: Apakah senario penulis-penulis muda di Malaysia buat masa ini. Adakah kita mempunyai harapan untuk menghasilkan penulis-penulis Bahasa Malaysia yang berjaya di peringkat antarabangsa?
Faisal: Saya tidak dapat mewakili penulis muda untuk menjawab soalan ini tetapi saya percaya peluang kita dalam sastera Melayu sangat cerah. Kerana dahulu kebanyakan pusat pengajian di Eropah di bawah program Oriental mereka hanya mengkaji sastera Indonesia tetapi sekarang sastera Malaysia ikut dikaji malah kian berkembang. Keduanya saya perhatikan saingan jika menulis di dalam bahasa Inggeris sangat sengit, maka lebih lebih baik menulis dalam bahasa ibunda, apatah pula penutur bahasa Melayu sebenarnya sangat besar. Malah bahasa Melayu salah satu bahasa paling banyak penutur di dunia (rangkumkan Indonesia, Kemboja, Selatan Filipina dan Brunei juga). Pemenang-pemenang Nobel Prize juga kebanyakannya menulis di dalam bahasa ibunda mereka. Imre Kertesz yang paling baru pun menulis dalam bahasanya dan diterjemahkan ke bahasa Jerman. Kalau tidak silap saya cuma ada dua novelnya dalam bahasa Inggeris. Jadi penulis dalam bahasa asal yang sebenarnya lebih berpeluang untuk diperhatikan, kerana itu meskipun banyak dorongan supaya saya menulis dalam bahasa Inggeris (termasuk daripada Raman di Silverfish) saya masih belum tergoda. Yang penting untuk bawa penulis kita ke peringkat antarabangsa ialah dengan menerjemah karya mereka secara giat tak kiralah mereka tua atau muda. Malangnya industri terjemahan kita sangat menyedihkan.
NZ: Di Malaysia kita mempunyai banyak batasan-batasan untuk menulis. Ada banyak persoalan dan perkara yang tidak boleh terbitkan, sebagai contoh; soal homoseksual, permasalahan dadah, anak kelahiran luar nikah dan hubungan bebas lelaki dan perempuan. Perkara-perkara di atas, hanya boleh diterbitkan jika dilihat dari segi negatif, walaupun kenyataannya mungkin lain dan masih boleh diperdebatkan (itulah gunanya sastera, betul tak?). Dengan adanya batasan-batasan seperti ini, pastinya kita tidak dapat melahirkan penulis-penulis besar seperti Murakami (Sputnik Sweetheart), Ayu Utami (Saman) dan Michael Cunningham (The Hours). Katakanlah mereka mungkin wujud dalam dunia Melayu dan menulis dalam Bahasa Malaysia, pastinya karya-karya mereka tidak akan diterbitkan. Apa pendapat saudara tentang hal ini?
Faisal: Tanpa persoalan-persoalan yang disebut di atas pun karya besar boleh lahir. Tidak benar kita perlu menulis persoalan seperti di atas untuk menghasilkan karya besar dan bermutu. Sebenarnya karya-karya yang saudara sebut di atas dikira bermutu bukan sangat kerana persoalannya tetapi kerana gubahan dan juga langgam penceritaan yang menarik dan di luar konvensi serta garda depan.
Bagaimanapun saya menghormati kebebasan pengarang, saya membaca dan mendengar jalur-jalur pendirian dan pegangan yang berbeda kerana itulah yang sepatutnya dilakukan di muka bumi Tuhan ini. Sebab itu saya membaca The Satanic Verses (terima kasih Amir Muhammad) dan juga Lajja oleh Taslima Nasrin.
NZ: Saya difahami bahawa terdapat beberapa karya filem dari Iran dan yang telah dibuat tanpa kebenaran kerajaan negara tersebut (yang mempunyai sistem penapisan yang keras). Tetapi karya-karya mereka mendapat tempat di mata dunia. Perlukah karyawan-karyawan kita, terutamanya penulis kita berbuat demikian? Maksud saya, berani menulis topik-topik serta tema-tema yang sebelum ini taboo dan takut diketengahkan oleh penulis-penulis arus perdana?
Faisal: Sebenarnya filem bukan wilayah saya. Saya ada menulis beberapa artikel tentang filem, itu cuma pandangan peribadi sahaja. Kadang-kadang perkara yang diluar kebenaran itu bukan bagus sangat tetapi sensasi sahaja dan fitrah kita sukakan sensasi dan merasakan ia bagus.
NZ: Adakah benar karya saudara pernah diplagiat satu ketika dahulu oleh seorang penulis wanita? Apa tindakan saudara seterusnya?
Faisal: Oh ini tidak pernah berlaku. Ada kes seorang penulis memplagiat karya saya tetapi ia telah lama sangat berlaku. Saya sendiri sudah melupakan walaupun masih rasa pahitnya.
NZ: Saya dapati karya-karya saudara banyak menggunakan bahasa-bahasa yang terlalu 'bombastic' sehingga saya terkial-kial membuka kamus. Mengapa saudara perlu gunakan perkataan yang orang tak faham?
Faisal: Salah satu fungsi sastera ialah menambah kosa kata, membangkitkan semula ungkapan yang terpendam, mengkayakan dan menyegarkan bahasa kita. Carlos Fuentes mengatakan salah satu fungsi penulis itu ialah meningkatkan kemampuan komunikasi bahasanya. Jika ada pembaca terpaksa membuka kamus saya telah berjaya mendorongnya untuk menambah perbendaharaan kata dalam bahasanya sendiri. Contohnya perkataan meladeni berbanding melayani. Atau perkataan tersohor berbanding termasyhur. Bahasa Melayu kita kaya, jenis warna kuning sendiri ada lima belas! Mana ada perkara ini dalam bahasa lain. Kerana itu saya takkan menulis dalam bahasa Inggeris, Ia tak dapat mengekspresi apa yang terpendam dalam benak dan jiwa saya. Pilihan diksi yang tepat adalah perlu kerana di dalam karya, setiap kata mewakili pegangan dan ideologi pengarang, jadi tak boleh kalimat secara semberono sahaja. Tetapi saya tidak fikir saya menggunakan terlalu banyak perkataan aneh kecuali memang karya tersebut memerlukan gaya bahasa arkaik seperti novel baru saya 1515.
NZ: Mengapa saudara banyak guna watak perempuan dalam novel saudara? Sebagai contoh: Perempuan Politikus Melayu… Novel ini jelas menampakkan kekuatan watak wanita. Mengapa?
Faisal: Pertama kerana ia adalah strategi penulisan. Kebanyakan pembaca di Malaysia ialah perempuan. Lelaki pada pemerhatian saya kurang membaca fiksyen. Saya senang dan selesa mensasarkan kepada mereka. Kedua saya kira seperti juga Marquez, ibu, makcik dan nenek saya sangat berpengaruh dan dominan ketika zaman kanak-kanak saya. Kebanyakan cerpen-cerpen dan drama saya, watak lelaki pula yang berpengaruh dan kuat. Saya fikir dalam dua genre terakhir ini ia tidak disengajakan tetapi di dalam novel, memang saya lakukan dengan sedar.
NZ: Adakah saudara seorang feminis? Adakah saudara seorang feminis ala Camille Paglia ataupun Sisters in Islam? Ataupun saudara mempunyai acuan feminisme saudara sendiri?
Faisal: Saya tidak tahu samada saya seorang feminis atau tidak. Orang lain boleh tentukan samada saya feminis atau tidak. Tapi saya percaya wanita ada keistimewaannya dalam masyarakat. Meskipun saya memiliki darah campuran Batak dan Cina tetapi ibu saya membesar dalam keluarga yang kuat adat perpatihnya (ibu saya lahir di Simpang Ampat Melaka dalam wilayah Naning dan bersempadanan dengan Tampin), justeru melihat wanita diberi keistimewaan sudah menjadi satu kebiasaan.
NZ: Drama saudara yang berjudul Rintih Chicago memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia(drama)96/97. Saya tidak pernah mengamati drama tersebut, tapi apa kena mengena kota Chicago dengan drama tersebut? Kota ini dekat kepada saya kerana saya seringkali melewati kota ini sebagai seorang pelajar. Bagaimana pula dengan saudara. Pernahkah saudara ke kota ini? Mengapa kota ini begitu 'significant' bagi saudara?
Faisal: Malang sekali saya belum berpeluang ke Chicago seperti saudara. Rintih Chicago mengalami perjalanan yang aneh sebetulnya. Semasa menuntut di UM, beberapa pelajar UIA datang menemui saya untuk meminta satu skrip drama pentas yang menitik beratkan syariah sebagai batasannya, dengan persoalan Palestina sebagai maruah umat Islam. Saya menulis sebuah drama pendek 30 minit tetapi mereka tidak menggunakan. Beberapa teman mengajak saya menubuhkan seuah grup teater bernama Lestari di UM di bawah Persatuan Mahasiswa Islam UM. Ia dianggotai oleh pelajar-pelajar Akademi Islam, antara lain ialah Ustaz Ikram, Ustaz Farid (USM) sebagai pelakon. Rintih Chicago dipentaskan pada tahun 1994 atau 1995 (tak ingat) di perkarangan Masjid Negara atas ihsan Ustaz Firdaus (sekarang Imam Besar Masjid Negara). Ia turut ditonton oleh Sasterawan Negara A.Samad Said yang berkawan rapat dengan Ustaz Firdaus. Pak Samad mendorong saya memanjangkannya. Saya telah memanjangkan menjadi drama satu jam lebih dan kemudian pada Ekspo Konvoksyen Universiti Malaya tahun 1997 ia dipentaskan di Kompleks Perdana Siswa dan saya telah mengarah drama ini. Kemudian editor Dewan Sastera, ketika itu penyair Siti Zaleha meminta naskah drama tersebut dan menyiarkannya di majalah tersebut. Saya tak menduga langsung ia akan menang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.
NZ: Jika saudara tidak pernah ke Chicago, bagaimana agaknya saudara menghidupkan suasana tempat-tempat yang tidak pernah saudara lawati melalui penulisan?
Faisal: Drama ini terilham kerana saya banyak membaca bahan mengenai Almarhum Malcolm X. Chicago adalah salah satu kota tempat beliau mula-mula mendapat pengaruh. Di dalam drama ini ada watak Ayah Salman seorang black pengikut Malcolm X. Saya banyak membaca untuk menghidupkan suasana tempat-tempat yang tak pernah saya kunjungi.
NZ: Mengapa dalam banyak tulisan-tulisan saudara watak-wataknya merupakan watak-watak 'jet setters' ala watak-watak Sydney Sheldon. Maksud saya, sering berkunjung ke negara-negara luar atau adegan di luar negara ala 'Cinta Antara Benua'. Adakah saudara sendiri seorang penulis 'jet setter' yang sering mengembara ke luar negara?
Faisal: Saya suka mengembara dan banyak juga mengembara tetapi biarlah saya tidak jejerkan di sini negara-negara yang telah saya lawati. Cap dalam pasport saya, biar saya saja yang tahu. Karya-karya saya yang dahulu memang banyak latar luar tetapi saya lebih banyak menulis latar tempatan sejak akhir-akhir ini. Mengapa latar luar dalam karya-karya lama saya? Agaknya saya terpengaruh dengan latar-latar luar yang dikemukakan dalam novel-novel Sasterawan Negara Arenawati, jadi saya pun buat hal yang sama.
NZ: Apakah yang menjadi 'muse' saudara untuk berkarya?
Faisal: Tak pasti pula. Ini pertama kali orang bertanya. Memang tak tahu. Tetapi ada beberapa orang terdekat yang saya anggap 'mata batin' saya. Mereka ini barangkali muse saya. tetapi selalunya kerana saya banyak membaca, saya akan jadi iri hati dengan tulisan yang saya baca dan berakhir dengan saya menulis bersungguh-sungguh untuk menandinginya.
NZ: Baru-baru ini saudara menerima hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2002 untuk novel remaja yang berjudul 1515. Berapa lama saudara ambil untuk menyiapkan karya remaja ini dan dari mana saudara dapatkan ide untuk menulis buku ini?
Faisal: Terima kasih kerana bertanya soalan ini. 1515 adalah karya terbaik saya setakat ini. Saya berdoa hayatnya akan panjang. Saya mencurah sepenuh tenaga dan perasaan menulisnya. Saya telah melakukan research mengenai kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 selama enam tahun. Untuk menulis, saya ambil masa sebulan setengah. Saya menulis setiap lepas sahur dalam bulan Ramadhan yang lalu dan sebelum berbuka puasa. Ia terilham dengan melihat lukisan gambar Alfonso de Albuquerque di dalam buku teks Tawarikh ibu saya belas tahun yang lalu. Buku tersebut menjelaskan mengenai sejarah kejatuhan Melaka, saya sering berkhayal perkara ini tidak berlaku.
Novel remaja ini boleh dinikmati oleh dewasa juga. Ada pelajar saya dari Minggu Penulis Remaja baru Tingkatan Tiga tapi dapat membaca dan memahami trilogi Bunga Dari Kuburan karya Arenawati, malah semasa book signing session di Pesta Buku di PWTC baru-baru ini, ada pelajar darjah 4 mengaku suka membaca karya saya dan membeli 1515. Saya tak mahu under estimate pembaca remaja saya kerana itu saya menulis sebuah novel begini.
NZ: Apakah sebenarnya tema 1515? Mengapa saudara menggunakan parodi sejarah? Adakah perkara ini disengajakan?
Faisal: Saya menulis 1515 dengan harapan ia dapat dinikmati melalui apa sahaja angle pun. Tidak ada persoalan tunggal dalam 1515. Jika pembaca membacanya dari sudut sejarah akan dapat sejarahnya. Jika baca dari sudut feminism akan dapat feminismnya, jika baca dari sudut politik akan dapat politiknya, jika baca dari sudut post colonial akan dapat juga atau jika baca dari sudut oksidentalisme akan dapat juga malah tak keterlaluan saya katakan ia juga sebuah karya sastera Islam. Baca mana pun akan dapat Inshoallah. Saya dari dahulu ingin menulis sebuah novel dengan banyak lapis. Alhamdulillah ia berlaku. Saya dibantu oleh editor mikro dan makro (seperti editor Toni Morrison) NorAzah Abdul Aziz. Beliau banyak membantu saya.
Samada ia parodi atau tidak, itu tugas peneliti dan pengkaji sastera. Saya tak akan campur tangan.
NZ: Apakah hubungan saudara dengan reformasi? Boleh saudara ceritakan sedikit tentang hal ini, maksud saya, aktiviti reformasi saudara pada lewat tahun 90-an dahulu.
Faisal: Saya tidak tahu bagaimana saya boleh dikaitkan dengan gerakan ini. Saya tak pasti ada peranan atau sumbangan saya terhadap gerakan reformasi. Saya sekadar melakukan tugas saya sebagai seniman di kalangan masyarakat.
NZ: Seorang kenalan saya yang meminati karya-karya saudara memberitahu kepada saya bahawa saudara adalah klon Shahnon Ahmad. Boleh saudara komen sikit tentang hal ini?
Faisal: Mungkin juga. Tanggapan itu satu penghormatan, flattering. Shahnon adalah guru dan mentor saya. Malah saya anggap beliau sebagai bapa angkat saya dan Mak Wan isteri beliau sebagai ibu angkat saya sementalahan pula ibu bapa saya dan mereka saling mengenali dan pernah kunjung mengunjungi. Mungkin saya dikatakan begitu kerana tema yang kami terokai sama.
NZ: Mengapa saudara lebih cenderung menulis novel/cerpen berunsur Islam? Contohnya cerpen Angin Malam…
Faisal: Drama Angin Madinah agaknya maksud saudara. Saya tak sedar adanya unsur Islam itu. Kebetulan saya ambil jurusan syariah di UM
dahulu dan bersekolah agama kerana itu agaknya ia berlaku.
NZ: Kalau tidak salah saya, saudara ada membuat thesis tentang salah sebuah novel Gabriel Garcia Marquez. Boleh saudara berkongsi bersama tentang Marquez?
Faisal: Marquez adalah pengarang yang pintar menghantar sindiran politiknya yang tajam, ambil sahaja contoh cerpen Big Mama's Funeral. Marquez tidak berkesan tanpa lapis-lapis makna yang penuh magis, simbol, exaggeration dan humor. Saya terpesona dengan cara beliau menghantar pemikirannya dengan penuh dalam dan pemilihan kata-kata (walaupun membacanya dalam bentuk terjemahan). Saya menumpukan perhatian kepada One Hundred Years of Solitude dalam tesis sarjana tersebut dan jelaslah ia adalah sebuah novel politik yang telah dikraf dengan begitu kukuh lagi kejap.
NZ: Tajuk novel saudara: Cinta Hari-hari Rusuhan seakan tajuk novel Marquez, 'Love in the Time of Cholera'. Adakah ini satu penghormatan saudara terhadap Marquez atau kebetulan sahaja?
Faisal: Kebetulan agaknya kerana saya ada banyak karya yang memang saya sengajakan menggunakan judul dengan kata cinta seperti cerpen Kembara: Cinta dan Karipap, Cinta Gendang Kasturi, Cinta Dalam Jambangan Ilalang dan juga Cinta Hari-hari Rusuhan.
NZ: Boleh saudara ceritakan sedikit tentang penerimaan teater TIVI baru-baru ini. Bagaimanakah penonton-penonton secara am menerima arahan saudara? Dari apa yang sata baca dari Komen-komen di kakiseni.com, ada yang memuji dan tidak kurang pula yang memberi komen yang agak pedas. Apa pula komen saudara? '
Faisal: Saya rasa lega dapat mengarah TiVi. Saya terharu terutama kerana Cikgu Shahnon menelefon saya dari wad ICU di hospital Penang mengucapkan terma kasih kerana saya telah memanjangkan hayat novelet TiVi dengan mengadaptasinya ke pentas. Khalayak sastera serius umum mengetahui TiVi sangat kontroversial dan telah difreeze oleh DBP penerbitannya kerana perkara tersebut. Ramai yang datang menonton lebih menimbulkan rasa tak puas hati dengan cara novelet itu sendiri dipersembahkan. Kedua, ini pengalaman ketiga saya mengarah dan berhasil, jadi saya lega. Tambahan pula saya rasa gembira dapat menggilap beberapa bintang muda, ada di antara mereka akan menjadi sangat terkenal saya percaya begitu.
Saya telah dilatih oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad supaya tidak mempedulikan kritikan (kerana beliau digelumangi hidupnya dengan kontroversi). Malah saya jarang melihat semula artikel, karya atau fiksyen yang ditulis oleh saya setelah diterbitkan kecuali diberitahu editor ada kesilapan berlaku dan sebagainya. Komentar dalam kakiseni pun saya tidak baca kerana tiada masa dan sibuk. Sekarang kalau naik kapal terbang pun tergesa-gesa dan tidak makan atau minum, tidur sahaja. Emel melambak tidak diperiksa. Ramai kawan-kawan saya merungut malah. Kalau saya nak kisahkan komen tanpa nama sebenar (bertaraf khabar angin dan gossip murah) di internet tak jadi kerjalah saya, pembaca artikel saya sahaja di kakiseni.com khabarnya mencecah belas ribu orang.
Adalah adat ada yang suka dan ada yang tidak. Kalau ada sepuluh orang dalam dunia ini dan kesepuluh-sepuluhnya memuji saya, wah ini tentu ada yang tak kena dan jika ada sepuluh oang dalam dunia dan hanya mengeji saya sahaja tentu juga ada yang tak kena. Jadi ada yang suka dan ada yang tidak itu menunjukkan saya ok. Justeru saya lega hahaha.
Anuar Nor Arai ada mengkritik karya saya itu dengan berapi-api, saya mula-mula ada rasa geram tetapi kemudian saya tenang semula bahkan rasa bangga kerana beliau sangat selektif dalam menonton teater, tetapi beliau tetap pilih untuk datang menonton TiVi. Cuma saya fikir sebagai pengamal dan karyawan berusia dan telah lama tak berkarya, pandangan beliau sudah tidak relevan lagi.
NZ: Apakah kriteria yang perlu ada untuk sebuah karya teater itu dianggap baik oleh saudara?
Faisal: Ini subjektif. Ronggeng Rokiah tempoh hari, Ku Seman Ku Hussain sedaya upaya memuji dengan mengatakan ada benyak lapis pemikiran pada drama tersebut. Khalid Saleh dalam Berita Harian melihat lain, malah mengatakan Anuar Nor Arai melacurkan istilah noir. Teater Teh Tarik pula saya lihat sama sahaja nadanya oleh pengkritik, baik Lukman dari Utusan, Siti Jasmina dari Tunas Cipta menulis hal yang hampir serupa. Biasanya mula-mula saya lihat apakah pemikiran yang dihantar, naratifnya tidak ada rongak sana sini. Bayangkan kalau pelakonnya bagus sekalipun tetapi perwatakan dalam naskah sedia lemah, ia akan menjejaskan lakonan juga kelak. Ataupun jika aspek pemikirannya bagus dan bernas tetapi plotnya tidak munasabah maka karya itu rosak juga. Lepas itu baru saya lihat aspek lakonan dan teknikal. Cerita kalau tak senonoh aspek teknikal baik macam mana pun tak ada ertinya juga. Jadi saya lihat naskah, lakonan dan teknikal itu secara fungsional.
Kemudian saya lihat konsepnya, macam sandiwara Laksamana Bentan arahan Amizai, ramai teman dan pelajar saya mengutuk kerana katanya adengan raksaksa keluar dalam mimpi Bentan sebagai bodoh, kebudak-budakan dan semacam Nang Nak. Tetapi mereka lupa konsep sandiwara itu pula, memang hantu, raksaksa atau gedembai begini ada dalam persembahan bangsawan dan sandiwara. Itu satu cirinya malah. Kalau ada produksi pementasan mendakwa mereka mementaskan commedia del arte misalnya tetapi tidak mengenakan topeng dengan sifat-sifat zoomorphic, di mana commedia del artenya? Jadi saya juga lihat konsepnya. Bagaimana saya nak puji teater dengan kononnya konsep epik ala Brecht kalau tiada pun alienation technique padanya?
NZ: Jika saudara mengulas sesebuah karya teater, kadang-kala saudara akan memberi komen yang agak lantang. Ada kalanya komen saudara dapat di terima dan sebaliknya. Adakah saudara akan membaca komen-komen yang agak keterlaluan yang dikatakan tentang saudara atau saudara akan menolaknya ke tepi terus?
Faisal: Saya memberi komen dengan lantang? Mungkin juga. Saya beri komen tanpa berlapik agaknya yang dimaksudkan saudara. Pengamal teater kita lupa bahawa pengkritik dan kritikan itu adalah sebahagian dari industri. Saya tak kritik sepanjang masa tak pula memuji tak kena tempat. Ada orang kata saya tak pernah kutuk pun produk The Actors Studio, ini tak benar, dalam kritikan di majalah Dewan Budaya (saya tidak mengkritik di kakiseni sahaja) saya pernah mengkritik produksi Ribut, The Fat Girl's Revenge dan beberapa lagi, inikan produk The Actors Studio tetapi Faridah Merican dan Joe Hasham faham makna kritikan dalam industri jadi mereka berlapang dada dan jika bertemu saya mereka akan seperti biasa sahaja. Ada juga orang kata saya tidak pernah mengutuk karya Nam Ron kerana dia kawan saya dan kami rapat, tambah-tambah pula Nam Ron mengarah karya saya Misi, itu tak benar kerana saya ternyata tidak menggemari Bangau Oh Bangau arahannya. Saya cakap terus terang malah, saya tak suka kerana saya rasa dia macam mempersendakan agama waktu itu. Nam Ron tak pula melenting tanpa pasal sebaliknya kami jadi kawan baik selepas itu. Tetapi sangat sedikit pengamal teater yang terbuka, terutama orang-orang teater berbahasa Melayu. Ada yang lepas dikritik, boikot saya. Mungkin juga saya akan berhenti mengkritik bukan kerana takut dikritik semula tetapi kerana semakin tak punya masa dan mahu menumpu lebih kepada pengarahan pula.
NZ: Selain dari menulis, apakah kerja seni yang ingin saudara pelopori?
Faisal: Saya akan mengarah lagi untuk satu projek kerjasama dengan pengamal teater Singapura Inshoallah. Menulis dan mengarah, itu sahaja. Bidang seni lain? Dulu saya pernah melukis. Saya tak akan masuk, yang sedia ada sudah terlalu menuntut, saya nak beri hak kepada diri saya juga. Berehat, bersukan, berjalan, membaca, bertemu kawan-kawan, mengurus kehidupan peribadi saya yang kerana terlalu sibuk jadi sangat kacau.
NZ: Adakah saudara mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penulis sepenuh masa?
Ada tetapi saya perlu melengkapkan diri, pertama saya perlu sedia ada saluran di peringkat internasional, penerjemah tetap seperti Saramago, editor peribadi seperti yang dipunyai oleh Toni Morrison, ejen sastera yang berkaliber untuk 'menjual' karya saya. Saya sedang bekerja ke arah itu. Saya sekarang sedang mencari manager hahahaha!
Kalau jadi penulis sepenuh masa untuk sekadar menulis novel pop, saya tak akan buat lagi. Saya pernah cuba, sengaja kerana didorong teman-teman tapi tak jadi (saya bercakap tentang novel bersiri di majalah Eh!) dan orang akhirnya mahu saya kekal menulis dalam lapangan yang serius serta tinggalkan terus yang pop. Pembaca saya beritahu yang saya sudah ada jatidiri sendiri maka jangan jadi orang lain…
Tapi soalnya berapa ramaikah khalayak kita yang serius? Membaca karya sebesar Hujan Pagi karya Pak Samad atau Tunggul-tunggul Gerigis buah tangan Shahnon. Kalau saya ada team yang disebut di atas, saya percaya saya boleh menongkah ke luar. Saya sedang mencari mereka yang boleh dan mahu ikut serta. Buat masa ini saya kira saya sudah ada seorang editor tetapi masih mencari penerjemah tetap, ejen dan manager,
NZ: Apa itu sastera?
Soalan terlalu umum. Dan juga terlalu kompleks. Boleh jadi satu kitab untuk soalan ini! Jean Paul Sartre mengatakan prosa itu satu sikap dari pemikiran, pemenang Hadiah Nobel yang lain Gao Xing Jian mengatakan sastera memungkinkan manusia menjaga kesadaran kemanusiaannya, George Orwell pula mengatakan sastera itu ada tujuan politik, Julio Cortazar mengatakan menulis itu satu bahagian penting dalam kehidupan, mungkin juga membaca, Jose Saramago yang saya gemari pernah ditanya oleh Anna Klobucka apa yang harus ada dalam sastera, beliau mengatakan sastera mesti menjadikan seseorang moralis politis malah katanya harus mampu melakukan meditasi terhadap masa hadapan, ada mncam-macam lagi pandangan. Tak tersebut. Pada saya sastera mesti ada ilmu dan pemikiran dan dihantar dengan berseni. Sastera pada saya mesti indah, benar dan adil. Ia mesti berusaha untuk memprovokasi pembaca, yang saya kira merupakan salah satu kemahiran saya.
NZ: Apakah tujuan utama saudara menulis/berkarya?
Faisal: Berkongsi dengan pembaca atau orang lain idea-idea saya. Kalau ada yang mahu ambil tahu Alhamdulillah, kalau tiada tak apa. Terima kasih kerana mewawancara. Inshoallah ada manfaatnya untuk saya dan juga saudara.
tq nizam
.....................................................................................................................................
gambar diambil dari... http://gojapan.about.com/cs/photogallery/a/fujiphotoindex.htm
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Nov-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya
|
|
Selamat hari raya AIDILFITRI... maaf zahir batin!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
emmm... 25/10/2004
|
|
Enam mati makan daging kesan antraks
JAKARTA: Seorang wanita dan seorang budak perempuan dikejarkan ke sebuah hospital Indonesia kerana disyaki dijangkiti antraks selepas memakan daging yang sebelum ini sudah membunuh enam orang, kata seorang doktor.
“Mereka dimasukkan ke hospital tengah hari ini (semalam) dan disyaki menghidap antraks,� kata Pengarah Hospital Daerah di Cibinong, Julianti Julia.
Katanya, kedua-dua pesakit dibawa ke situ selepas muntah teruk selain mengalami pening kepala.
Budak perempuan berusia sembilan tahun itu berada dalam keadaan stabil manakala wanita berumur 44 tahun berkenaan dikatakan kritikal.
Setakat ini, seramai enam orang mati termasuk lima sekeluarga selepas memakan daging kambing yang dipercayai dicemari virus antraks pada 15 Oktober lalu. Mereka semua berasal dari kampung Cittaringgul dekat Cibinong.
Sementara itu, enam pesakit turut dirawat selepas jatuh sakit berikutan memakan daging kambing manakala tiga yang lain sudah dibenarkan pulang, kata Julia.
Antraks adalah sejenis penyakit berjangkit yang biasanya menjejaskan haiwan ternakan tetapi boleh tersebar kepada manusia jika terdedah kepadanya sama ada melalui cara mengendalikan atau memakan daging yang dijangkiti. – AFP
0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0) 0)
Orang ramai takut bantu mangsa nahas
BANGKOK: Bimbang dijangkiti selesema burung menyebabkan empat mangsa yang cedera akibat kemalangan terbiar tanpa dipedulikan orang yang lalu lalang, kata pegawai penyelamat semalam.
Keempat-empat mangsa dibiarkan tanpa diberi pertolongan kelmarin walaupun beratus-ratus pengguna jalan raya lain berhenti kerana sehingga 500 ayam hidup dan mati bergelimpangan di sekitar kenderaan yang remuk, kata pegawai di Nakhon Si Thammarat.
“Ramai yang menyaksikan kemalangan itu tetapi tiada sesiapa yang membantu kerana mereka takut dijangkiti penyakit itu,� kata pegawai penyelamat sukarela kepada AFP.
Katanya, pekerja penyelamat mengambil masa berjam-jam mengutip ayam yang bertaburan di atas jalan raya selepas empat mangsa kemalangan itu dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.
Kemalangan membabit sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk dan sebuah trak dipenuhi ayam itu berlaku sehari selepas sebuah zoo di Thailand melaporkan 83 ekor harimau sama ada mati atau dibunuh selepas dijangkiti virus selesema burung.
Enam negara Asia dilaporkan mengalami semula virus itu di tengah-tengah kebimbangan penyakit itu menjadi wabak di rantau terbabit.
Thailand mengesahkan 11 kematian membabitkan manusia dan sekurang-kurangnya 19 lagi di Vietnam. – AFP
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
dipetik dari... http://www.bharian.com.my
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
makan ikan je laaa... selamat berbuka!
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lupa maa... gambar dari... "TENGKU SHAHRUL TENGKU ISKANDAR" <ku_shah@yahoo.com>
terima kasih!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bercuti
|
|
Mulai esok... saya nak bercuti selama beberapa hari atau beberapa bulan atau beberapa tahun daripada menjebakkan diri didalam internet... tiada lagi alfreddd faceparty, alfreddd fotopages, alfreddd blogspot, MIRC dan YM. Saya tetap akan buka email yandaq2003@yahoo.com dan lawati laman blogspot kawan- kawan. Cuma saya takkan guna tag board!
sehingga jumpa lagi
bye.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Oct-2004 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bertuah!
|
|
Malaysia, Singapura teroka kerjasama baru
Oleh Mohd Azlan Jaafar
PUTRAJAYA: Malaysia dan jiran terdekatnya, Singapura yang hubungan mereka sebelum ini menghadapi masalah, semalam bertekad untuk mengukuhkan lagi pertalian dengan menerokai bidang kerjasama baru.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong, sepakat bahawa kedua-dua negara akan meraih lebih banyak faedah menerusi kerjasama erat berbanding bertelingkah mengenai isu tertangguh.
Kedua-dua pemimpin sedar hubungan Malaysia-Singapura melepasi status jiran terdekat dan aspek geografi, kerana sebarang kejadian di salah satu negara mempunyai kesan terhadap jirannya.
“Kita menyedari kita bukan saja jiran yang tidak dapat dipisahkan tetapi banyak perkara yang mempunyai kepentingan bersama. Justeru untuk kepentingan bersama, kita mesti meneruskan hubungan baik.
“Kita perlu bekerjasama dan mencari peluang untuk bekerja bersama, mempunyai usaha sama atau pelaburan di negara ketiga dan melaksanakan projek secara bersama. Ini adalah langkah terbaik,� kata Abdullah pada sidang akhbar bersama Lee di Kompleks Perdana Putra di sini, tengah hari semalam.
Lee, yang menggantikan Goh Chok Tong sebagai Perdana Menteri Singapura pada 12 Ogos lalu, mengetuai delegasi 21 menteri dan pegawai kanan republik itu dalam lawatan sulungnya ke negara ini.
Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lewat malam kelmarin diiringi pegawai kanan republik itu termasuk Menteri Luar George Yeo, Menteri Pertahanan, Teo Chee Hean dan Menteri Pendidikan Tharman Shanmugaratnam.
Selepas mengadakan perbincangan tertutup, kedua-dua pemimpin mengetuai mesyuarat delegasi. Malaysia dan Singapura juga menandatangani perjanjian mengelak cukai bertindih dan cukai membabitkan pendapatan yang diperoleh di republik itu atau negara ini.
Abdullah berkata, pengangkutan dan pelancongan adalah dua bidang baru bagi Malaysia dan Singapura bekerjasama. Dalam bidang pelancongan, kedua-dua negara boleh dipromosikan secara bersama untuk menarik pengunjung.
“Dan kita akan bekerjasama rapat bagi menjamin keselamatan kapal di Selat Melaka yang menjadi laluan perkapalan antarabangsa penting,� katanya.
Perdana Menteri berkata, kefahaman yang baik antara kedua-dua negara membantu mewujudkan hubungan lebih erat termasuk bertindak secara bersama secara pantas dalam menangani isu tertentu.
Beliau memberi contoh masalah Sindrom Pernafasan Yang Teruk (SARS) dan kini selesema burung di mana kedua-dua negara bekerjasama rapat.
“Ini membuktikan hubungan kerja yang sangat rapat dan saya menyatakan terima kasih kepada Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang membenarkan Singapura mengimport ayam dari Malaysia semula,� katanya.
Sementara itu, Lee berkata, hubungan antara kedua-dua negara semakin baik sejak 12 bulan hingga 18 bulan lalu dan perlunya dua negara itu membina momentum berdasarkan asas berkenaan.
Beliau berkata, banyak bidang yang boleh ditingkatkan seperti pelancongan, pelaburan sektor swasta, hal keselamatan sama ada antikeganasan atau keselamatan di Selat Melaka serta isu seperti SARS dan selesema burung.
“Hubungan sektor swasta dan pelaburan antara kedua-dua negara juga meningkat dan kami menyambut baik pembabitan syarikat Malaysia di Singapura.
“Saya berpendapat ada bidang yang kedua-dua negara dapat bekerjasama dan mengembangkan bidang baru terutama di negara ketiga secara bersama, sama ada di rantau ini, India, Bangladesh, China atau Indonesia,� katanya.
Mengenai penarikan balik sebahagian larangan eksport ayam, itik dan telur dari Malaysia ke Singapura, Lee berkata: “Kami berterima kasih kepada Malaysia yang telah bekerjasama dengan kami bagi membolehkan kami mendapat ayam dan telur segar untuk nasi ayam dan kari ayam kami.�
Jawapan spontan itu telah mendorong beliau dan Abdullah ketawa manakala jurugambar sibuk merakamkan suasana santai itu.
Pihak berkuasa Singapura menguatkuasakan larangan import produk ayam dan itik dari Malaysia pada 18 Ogos selepas virus selesema burung dikesan di sebuah ladang di Kelantan.
Lee berkata, episod selesema burung adalah simbol mengenai betapa rapatnya hubungan antara kedua-dua negara kerana apa yang berlaku di satu negara akan menjejaskan satu lagi negara.
“Dan kita perlu faham akan perkara ini dan perlu saling bekerjasama untuk menangani pelbagai masalah yang kita kongsi bersama dan memanfaatkan peluang yang kita boleh sama-sama eksploitasi,� katanya.
petikan... http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Mukadepan/20041006070129/Article/
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Berita " Malaysia, Singapura teroka kerjasama baru" ini amat mengembirakan saya. Saya harap hubungan baik antara malaysia dan singapura ini berterusan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pukul 12.00 tgh hari tadi ada orang telepon kata saya menang pakej percutian cuti- cuti malaysia! nombor bertuah! yahooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
Tapi mesti 25 hingga ?? tahun dan dah berkeluarga! Jadi, saya bercadang nak beri pada abang non dan akak mawar! sebab diorang nak datang jb ambil saya bulan sebelas nanti. Alang- alang, boleh la ambil pakej tu sekali kat menara pelangi, jb! Bertuahnya aku!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
gambar dari... http://www.sealgroup.co.uk/MalaysiaPressPics/peninsular_index.html
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saya berhasrat... lepas habis belajar nie... nak gie kl... kerja pelakon teater sambilan (merayu kerja dengan nizam)... untuk mendekati dan mengenali sm... cuba memikat dia... cuba merampas dia kalo dia sudah berpunya... saya suka pada sm... saya benar- benar suka pada sm...
tapi...
sm... buat kenyataan yang dia nak berehat... untuk tumpukan perhatian pada kerjaya dan impian...
jadi...
saya rasa... saya perlu lupakan hasrat saya itu...
saya...
sm...
uhhh...
biarkanlah saja diriku sendirian tanpamu...
biarkanlah aku merindu sekian lama...
bukan maksud untuk membisu...
sepi tanpa kata...
terpisahnya kita kerana mengejar impian...
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
|
|
|
|
|
|
|
[<< < [1] 2 3 4 > >>] [Archive]
|
|
 |
|